Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada pensenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu.
IVF(In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi Teknologi Pembiakn Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindakan ke dalam rahim. Langkah asas dalam teknik IVF:
Pengovulasian (meransang ovari supaya menghasilkan lebih dari satu ovum atau telur untuk satu kitar haid).
Pengeluaran telur.
Pensenyawaan.
Pengkulturan embrio.
Pemindahan embrio.
KENAPA IVF?
(a) IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagai masalah kesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang sepatutnya berlaku atas kelamin.
(b) Pada mulanya, teknik IVF ini hanya dilaksanakan dalam keadaan tiub Fallopio perempuan yang tersekat, musnah atau tiada langsung.
(c) Kini, secara praktikal, IVF digunakan bagi mengatasi masalah kemandulan yang berpunca dari pelbagai masalah lain. Antaranya:
(i) endometriosis (tisu rahim yang tidak nomal-wujud di luar rahim)
(ii) masalah imunisasi (daya tahan badan)
(iii) kemandulan yang tidak diketahui puncanya
(iv) kemandulan yang berkaitan dengan lelaki.
Bayi Tabung Uji
Permanian Berhadas
Permanian beradas(artificial insemination) adalah kaedah yang menyalurkan air mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan biasa (persetubuhan). Kaedah ini telah menjadi suatu teknik biasa dalam bidang penternakan. Untuk haiwan khususnya, proses ini dijalankan bagi mempercepat proses pembiakan dan juga untuk memilih baka yang baik dari seekor jantan yang dipilih. Teknologi kini membolehkan air mani dari seekor jantan (lembu misalnya) digunakan untuk mempersenyawakan lebih dari 10 000 ekor betina.
PERMANIAN BERADAS DALAM PEMBIAKAN MANUSIA
(a) Kaedah yang lebih kurang sama digunakan ke atas manusia sebagai proses penggalak hamil. Air mani lelaki dikumpulkan (mungkin beberapa kali pancutan diperlukan) dan disimpan dengan cermat. Kemudian proses pemindahan ke dalam rahim dilakukan menggunakan alat khas yang dimasukkan melalui faraj wanita lalu air mani disalurkan ke dalam rahim.
(b) Proses kehamilan seterusnya berlaku seperti biasa (sperma akan bergerak menuju ke arah telur di salur rahim). Perbezaan kaedah ini dengan proses persetubuhan adalah air mani tidak disalurkan terus dari zakar melalui faraj, tetapi menggunakan alat (radas) sebagai penyalur.
KENAPA PERMANIAN BERADAS?
(a) Permanian beradas dilaksanakan ke atas manusia kebiasaannya disebabkan
beberapa faktor:
(i) Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki. Dalam hal ini, air mani dari beberapa kali pancutan dikumpul dan kandungan sperma dipekatkan lalu dipindahkan ke dalam rahim wanita.
(ii) Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh kebanyakan sperma (hadirnya bahan ‘lysozyme’ yang boleh membunuh sperma).
(iii) Pancutan terlalu cepat semasa persetubuhan atau mati pucuk.
(iv) Apabila terdapat kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan perempuan (persenyawaan antara pasangan tidak mungkin berlaku).
(v) Apabila pasangan lelaki dikesan mengalami penyakit seperti barah yang akan membawa kepada ketidak suburan di kemudian hari. Air mani lelaki akan dikumpul sebelum penyakit menjadi lebih kronik dan disimpan untuk digunakan kemudian hari.
Proses Kehamilan
Bagaimana proses kehamilan berlaku?
Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.
Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat. Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.
Tanda-tanda kehamilan
Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan.
Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit. Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja. Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya.
Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya. Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.Terdapat juga simptom-simptom lain: keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk)
Bagaimana nak pastikan mengandung?
Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah. Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing.
Kaedah ini paling popular kerana ia:
mudah dilakukan
mudah didapati
murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
ada 'privacy'
keputusan segera
Perkara-perkara yang perlu disediakan:
Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.
Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.
Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.
Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya.
Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.
Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.
Proses Kehamilan
Perancang Keluarga
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai
anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
• Berumur diantara 20 dan 35 tahun
• Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
• Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
• Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
• Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.
Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1. Kaedah semulajadi
- Kaedah masa subur
-Suhu badan asas
-Kaedah cairan dan lendiran faraj
-Kaedah gabungan
-Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
2. Kaedah halangan
- Kondom
-Topi servik
- Diafram
3. Hormon
- Pil
-Implan
-Suntikan
4. Alat dalam rahim
5. Kaedah kekal
-Ikatan tiub fallopian/peranakan
-Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
• Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
• Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
• Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
No comments:
Post a Comment