Friday, August 20, 2010

BAHAN SINTETIK


APA ITU POLIMER SINTETIK

Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.

Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan menggunakan sumber asli seperti petroleum.

Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.

 


GETAH SINTETIK
Getah Sintetik[Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan petrokimia (bahan petroleuml) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia.

Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.



PLASTIK 
Sifat plastic men adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.

Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini. 


JENIS PLASTIK
TERMOPLASTIK
PLASTIK TERMOSET
SIFAT
  • Boleh diacu (dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan.
  • Tidak tahan haba.
  • Boleh diacu hanya sekali sahaja.
  • Tahan haba.
CONTOH (KEGUNAAN)
  • Politena untuk membuat beg plastik.
  • Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk    (Ta Pau).
  • Polivinil Klorida/PVC untuk membuat paip air.
  • Bakelit untuk membuat soket elektrik.
  • Melamina untuk membuat pinggan mangkuk.
  • Gam Epoksi   untuk membuat gam industri.



MASALAH PENCEMARAN
Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik.

Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

  • Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta pembiakan nyamuk.
  • Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus.
  • Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan menghasilkan gas toksik (beracun). Gas toksik ini menyebabkan penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

  • Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula.
  • Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.
  • Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra pengguna.

Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.



BAHAN BAHAYA DALAM MAKANAN

Dalam makanan yang dimakan setiap hari, terdapat pelbagai jenis bahan tambahan makanan seperti pewarna, perisa, pengawet dan sebagainya. Biasanya bahan tambahan makanan ini tidak dinyatakan dalam label bungkusan makanan. Hanya yang dicatatkan ialah pewarna atau perisa makanan yang dibenarkan.Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pengguna, khususnya yang menghidap sesuatu jenis penyakit atau alahan yang tidak boleh memakan bahan tambahan makanan yang tertentu. Beberapa jenis bahan yang terdapat dalam makanan yang perlu diberikan perhatian. Sekiranya ada yang menghidap penyakit tertentu, elakkan daripada mengambil makanan yang mengandungi bahan tambahan makanan tersebut.

 

TEKNOLOGI MAKANAN


PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN 
Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. 

Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :- 
•mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. 
•memudahkan pencernaan. 
•memperbaiki rupa makanan dan 
•mencegah jangkitan penyakit. 
•Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. 

KEBAIKAN KELEMAHAN MAKANAN 
Tin mahal dan jika tin kemek boleh Makanan diletakkan Makanan boleh menyebabkan makanan PENGETINAN dalam tin dan dipanaskan Kari Daging, Ayam dan disimpan lama dan terdedah kepada [CANNING] pada suhu 116oC - 121oC, tuna. senang dibawa jangkitan ditutup dan dipateri. kemana-mana. mikroorganisma serta bahan toksik dari tin. Kemusnahan Waktu simpanan vitamin adalah Pemanasan cecair pada adalah tidak lama dan PEMPASTEURAN sedikit dan suhu 63oC selama 30 min Susu, Wain dan Jus pemprosesan jenis ini [PASTEURIZATION] kebanyakan atau 72oC selama 15 s adalah khas untuk mikroorganisma cecair sahaja. berbahaya dibunuh Sama maksud dengan Jisim makanan "pengeringan".Makanan kurang dan senang dijemur dibawah cahaya dibawa. Makanan Rasa berubah dan PENDEHIDRATAN matahari atau Ikan Masin, Bunga tahan lama dan kebanyakan vitamin [DEHYDRATION] meletakkan makanan Kekwa, Teh dan Sayur tidak mudah termusnah. dalam garam. dijangkiti Penggunaan oven juga mikroorganisma. boleh dilakukan. 
 
Makanan susah untuk PENYEJUKBEKUAN Simpanan dalam peti Ikan, Daging Lembu, Makanan boleh dibawa dan sejuk dibawah -18oC Sosej dan Ais krim disimpan lama. memerlukan kos yang [FREEZING] tinggi. Simpanan dalam peti Sayur-sayuran, Buah- Vitamin boleh Susah dibawa dan PENDINGINAN [CHILLING] sejuk bersuhu 0oC - buahan, Mentega dan dikekalkan dan tahan memerlukan kos yang 5oC Telur lebih lama tinggi Makanan disimpan Kos yang mahal dan dalam plastik kedap Kacang tanah, Sosej, Tahan lama dan PEMBUNGKUSAN VAKUM memerlukan mesin udara setelah udara Keropok dan Daging mengurangkan ruang [VACUM PACKAGING] pemvakuman yang didalamnya disedut disejukbeku simpanan. mahal. keluar. Makanan didedahkan Mungkin kepada sinaran mendatangkan kesan radioaktif untuk Biji Benih, Bawang dan Vitamin tidak PENYINARAN [RADIATION] sampingan dan membunuh serangga kentang termusnah. memerlukan kos yang dan memperlahankan mahal. percambahan. 

• Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :- 

CONTOH BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN 
Menyebabkan makanan Buah-buahan kering Bahan Awet Garam dan Gula tahan lama dan sos Menyebabkan makanan pandan (hijau), karamel Pewarna Kaya dan kicap kelihatan sedap (Coklat) Monosodium glutamat Menambahkan rasa supaya Makanan ringan dan Perisa (MSG) nama pasaran lebih sedap mee ialah "ajinomoto" Mencegah makanan dari Penstabil gam akasia Sos dan mayonis termendap ke bawah Mencegah makanan Pengantiokida Vitamin E dan BHT Minyak masak berlemak menjadi busuk.

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang- undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser. 


PEMBIAKAN

Bayi Tabung Uji / IVF

Definisi:
Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil daripada pensenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu.

IVF (In Vitro Fertilization) atau Persenyawaan Luar Rahim adalah asas bagi Teknologi Pembiakn Gesaan (Basic Assisted Reproduction Technique). Secara asasnya, teori IVF adalah persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur) perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitran yang sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindakan ke dalam rahim.
Langkah asas dalam teknik IVF:
  1. Pengovulasian (meransang ovari supaya menghasilkan lebih dari satu ovum atau telur untuk satu kitar haid).
  2. Pengeluaran telur.
  3. Pensenyawaan.
  4. Pengkulturan embrio.
  5. Pemindahan embrio.


 KENAPA IVF?
(a) IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagai masalah kesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang sepatutnya berlaku atas kelamin. 

(b) Pada mulanya, teknik IVF ini hanya dilaksanakan dalam keadaan tiub Fallopio perempuan yang tersekat, musnah atau tiada langsung.

(c) Kini, secara praktikal, IVF digunakan bagi mengatasi masalah kemandulan yang berpunca dari pelbagai masalah lain. Antaranya:

(i) endometriosis (tisu rahim yang tidak nomal-wujud di luar rahim)
(ii) masalah imunisasi (daya tahan badan)
(iii) kemandulan yang tidak diketahui puncanya
(iv) kemandulan yang berkaitan dengan lelaki.

Bayi Tabung Uji


Permanian Berhadas 

Permanian beradas (artificial insemination) adalah kaedah yang menyalurkan air mani lelaki ke dalam rahim wanita tanpa perlu melalui jalan biasa (persetubuhan). Kaedah ini telah menjadi suatu teknik biasa dalam bidang penternakan. Untuk haiwan khususnya, proses ini dijalankan bagi mempercepat proses pembiakan dan juga untuk memilih baka yang baik dari seekor jantan yang dipilih. Teknologi kini membolehkan air mani dari seekor jantan (lembu misalnya) digunakan untuk mempersenyawakan lebih dari 10 000 ekor betina.

PERMANIAN BERADAS DALAM PEMBIAKAN MANUSIA
(a) Kaedah yang lebih kurang sama digunakan ke atas manusia sebagai proses penggalak hamil. Air mani lelaki dikumpulkan (mungkin beberapa kali pancutan diperlukan) dan disimpan dengan cermat. Kemudian proses pemindahan ke dalam rahim dilakukan menggunakan alat khas yang dimasukkan melalui faraj wanita lalu air mani disalurkan ke dalam rahim.

(b) Proses kehamilan seterusnya berlaku seperti biasa (sperma akan bergerak menuju ke arah telur di salur rahim). Perbezaan kaedah ini dengan proses persetubuhan adalah air mani tidak disalurkan terus dari zakar melalui faraj, tetapi menggunakan alat (radas) sebagai penyalur.

KENAPA PERMANIAN BERADAS?
(a) Permanian beradas dilaksanakan ke atas manusia kebiasaannya disebabkan
beberapa faktor:
    (i) Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki. Dalam hal ini, air mani dari beberapa kali pancutan dikumpul dan kandungan sperma dipekatkan lalu dipindahkan ke dalam rahim wanita.
    
    (ii) Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh kebanyakan sperma (hadirnya bahan ‘lysozyme’ yang boleh membunuh sperma).
    
     (iii) Pancutan terlalu cepat semasa persetubuhan atau mati pucuk.
     
    (iv) Apabila terdapat kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan perempuan (persenyawaan antara pasangan tidak mungkin berlaku).

     (v) Apabila pasangan lelaki dikesan mengalami penyakit seperti barah yang akan membawa kepada ketidak suburan di kemudian hari. Air mani lelaki akan dikumpul sebelum penyakit menjadi lebih kronik dan disimpan untuk digunakan kemudian hari.



Proses Kehamilan

Bagaimana proses kehamilan berlaku?

Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur. 

Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat. Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil. 
 
Tanda-tanda kehamilan

Kehamilan bukanlah satu penyakit. Sekiranya seseorang wanita itu memahami bagaimana perubahan dalam dirinya berlaku, maka dia akan berjaya melalui masa selama lebih kurang sembilan itu dengan lebih tenang dan gembira. Di peringkat awal kehamilan, kebanyakan wanita mengalami masalah loya dan muntah-muntah yang biasanya berlangsung selama tiga bulan. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon ini, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan. 

Buah dada juga akan membesar sedikit dan disertai oleh rasa sengal dan sakit. Masalah muntah ini boleh menjadi sangat teruk menyebabkan wanita yang hamil itu tidak lalu minum dan makan. Ini menyebabkan kehilangan air dan logam yang amat banyak dari tubuh, yang membahayakan kesihatan dan mengancam kehamilannya. Sekiranya keadaan ini berlaku, wanita itu perlulah di masukkan ke hospital supaya dapat diberi rawatan dengan air yang mengandungi logam menerusi saluran darah. Namun muntah-muntah dan loya adalah satu gejala yang sementara sahaja. Pada kebiasaannya ia akan reda apabila kehamilan meningkat ke umur empat bulan walaupun terdapat juga sebilangan kecil wanita yang mengalami gejala ini terus-menerus hingga melahirkan anak. Loya dan muntah boleh menimbulkan beberapa masalah khususnya yang serba tak kena, tidak selesa dan tidak bermaya untuk menjalankan tugasnya. 

Saya ingin menasihatkan mereka yang mengalami keadaan itu supaya jangan memakan sebarang ubat tanpa nasihat doktor, kerana sesetengah ubat ini boleh membahayakan janin dalam kandungannya. Antara ubat yang diberikan oleh doktor untuk mengatasi masalah in ialah stemetil, avomine, pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang gejala terhadap bayi yang dikandungnya.Terdapat juga simptom-simptom lain: keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung terasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami atau pembantu rumah. ( Anda boleh mendapatkan STAMINEX - untuk memberikan tenaga sepanjang hari walaupun anda dalam keadaan sibuk)

Bagaimana nak pastikan mengandung?
Selain daripada pemeriksaan di mana-mana hospital atau klinik swasta, anda juga boleh melakukan pemeriksaan kehamilan anda di rumah. Pemeriksaan kehamilan tersebut ialah Uurine Pregnancy Test atau UPT iaitu menggunakan air kencing.

Kaedah ini paling popular kerana ia:
  • mudah dilakukan
  • mudah didapati
  • murah (dari RM 5.00 ke atas sahaja)
  • ada 'privacy'
  • keputusan segera
Perkara-perkara yang perlu disediakan:
Alat untuk menguji air kencing ini terdiri daripada beberapa jenis di pasaran dengan harga serendah RM 5.00 untuk setiap unit.

Setiap alat ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.

Ada 3 jenis utama : Sehelai kertas yang anda celupkan di dalam air kencing yang telah ditakung.

Alat yang memerlukan anda menitis beberapa titisan air kencing ke atasnya.

Alat yang tidak perlukan anda menakung air kencing, sebaliknya hanya mengenakan bahagian tertentu alat tersebut pada air kencing semasa anda membuang air kecil.

Air kencing. Penggunaan air kencing yang pertama pada pagi hari adalah yang terbaik kerana kandungan hormon yang paling tinggi dalam air kencing pada masa tersebut.

Proses Kehamilan

Perancang Keluarga


Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai
anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
• Berumur diantara 20 dan 35 tahun
• Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
• Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
• Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
• Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1. Kaedah semulajadi
- Kaedah masa subur
-Suhu badan asas
-Kaedah cairan dan lendiran faraj
-Kaedah gabungan
-Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

2. Kaedah halangan
- Kondom
-Topi servik
- Diafram

3. Hormon
- Pil
-Implan
-Suntikan

4. Alat dalam rahim

5. Kaedah kekal
-Ikatan tiub fallopian/peranakan
-Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
• Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
• Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
• Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi

 Alat cegah kehamilan




MIKROSKOP


Mikroskop(bahasa Greek:micros =kecil dan scopein=melihat) berfungsi membesarkan imej objek kecil. Mikroskop terbahagi kepada beberapa jenis:
-Mikroskop ringkas
-Mikroskop optik
-Mikroskop elektron

Mikroskop Optik
Merupakan mikroskop berasaskan kanta optikal.Ahli sains yang berkait rapat dengan pembangunan mikroskop optik adalah Anton van Leeuwenhoek.

Mikroskop Mudah
Mikroskop Leeuwenhoek terdiri daripada kanta optik kecil tunggal dilekatkan pada kepingan logam dengan pemegang untuk memegang bahan untuk diuji.Penggunaan kanta cembung tunggal dikenali sebagai mikroskop mudah,yang termasuk kanta pembesar,kanta pembesar, kanta tangan dan cermin pembesar tukang emas. 

Mikroskop  Electron
Mampu membesarkan butiran terperinci dengan kuasa gandaan yang tinggi disebabkan penggunaan elektron dan bukannya cahaya untuk menyebar materia,pembesaran sehingga 500,000 kali ganda.
Mikroskop Optik

CARA MENGGUNAKAN MIKROSKOP CAHAYA

Sebelum melakukan praktikum dengan menggunakan mikroskop cahaya maka perhatikan langkah-langkah berikut:

1. Letakkan mikroskop di atas meja dengan cara memegang lengan mikroskop sedemikian rupa sehingga mikroskop berada persis di hadapan pemakai !

2. Putar revolver sehingga lensa obyektif dengan perbesaran lemah berada pada posisi satu poros dengan lensa okuler yang ditandai bunyi klik pada revolver

3. Mengatur cermin dan diafragma untuk melihat kekuatan cahaya masuk, hingga dari lensa okuler tampak terang berbentuk bulat (lapang pandang).

4. Tempatkan preparat pada meja benda tepat pada lubang preparat dan jepit dengan penjepit obyek/benda!

5. Aturlah fokus untuk memperjelas gambar obJek dengan cara memutar pemutar kasar, sambil dilihat dari lensa okuler. Untuk mempertajam putarlah pemutar halus !

6. Apabila bayangan obyek sudah ditemukan, maka untuk memperbesar gantilah lensa obyektif dengan ukuran dari 10 X,40 X atau 100 X, dengan cara memutar revolver hingga bunyi klik.